Sunday 20 September 2009

SUBJEK METODOLOGI AKIDAH

http://harakatuna.wordpress.com/2008/09/17/definisi-al-quran/

DEFINISI AL-QUR’AN
Posted on September 17, 2008 by harakatuna
Ta’riful Qur’an
Menurut bahasa, “Qur’an” berarti “bacaan”, pengertian seperti ini dikemukakan dalam Al-Qur’an sendiri yakni dalam surat Al-Qiyamah, ayat 17-18:
“Sesungguhnya mengumpulkan Al-Qur’an (di dalam dadamu) dan (menetapkan) bacaannya (pada lidahmu) itu adalah tanggungan kami. (Karena itu), jika kami telah membacakannya, hendaklah kamu ikuti bacaannya”.
Adapun menurut istilah Al-Qur’an berarti: “Kalam Allah yang merupakan mu’jizat yang diturunkan kepada nabi Muhammad, yang disampaikan secara mutawatir dan membacanya adalah ibadah”.
Kalamullah
Al-Qur’an adalah kalamullah, firman Allah ta’ala. Ia bukanlah kata-kata manusia. Bukan pula kata-kata jin, syaithan atau malaikat. Ia sama sekali bukan berasal dari pikiran makhluk, bukan syair, bukan sihir, bukan pula produk kontemplasi atau hasil pemikiran filsafat manusia. Hal ini ditegaskan oleh Allah ta’ala dalam Al-Qur’an surat An-Najm ayat 3-4:
“…dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)…”
Tentang kesucian dan keunikan Al-Qur’an ini perhatikanlah kesaksian objektif Abul Walid[1] seorang jawara sastra pada masa Nabi saw: “Aku belum pernah mendengar kata-kata yang seindah itu. Itu bukanlah syair, bukan sihir dan bukan pula kata-kata ahli tenung. Sesungguhnya Al-Qur’an itu ibarat pohon yang daunnya rindang, akarnya terhujam ke dalam tanah. Susunan kata-katanya manis dan enak didengar. Itu bukanlah kata-kata manusia, ia tinggi dan tak ada yang dapat mengatasinya.” Demikian pernyataan Abul Walid.
Mu’jizat
Mu’jizat artinya suatu perkara yang luar biasa, yang tidak akan mampu manusia membuatnya karena hal itu di luar kesanggupannya. Mu’jizat itu dianugerahkan kepada para nabi dan rasul dengan maksud menguatkan kenabian dan kerasulannya, serta menjadi bukti bahwa agama yang dibawa oleh mereka benar-benar dari Allah ta’ala.


NOTA CYBER YG MEMBAHASKAN TENTANG ULUM AL-QURAN = KITAB "AL-"IJAZ WAL BAYAN"

DEFINISI ALQURAN
22 Februari 2008
Qara’a (قرأ) memiliki erti mengumpulkan dan menghimpun. Qira’ah (قراءة) bererti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata dalam satu ungkapan kata yang indah. Al-Quran asalnya sama dengan qira’ah, iaitu akar kata (masdar) daripada qara’a, qira’atan wa qur’anan. Allah menerangkan :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUiwJr2aYdQBXBcyDVl57e1QSFWO5Kx_aWm-407LwNGlNwGjtSXCQXSdk76N0gQqXr9lrq2SZw6sQ6XIngr5D6ueUz6RQiccLTkipW_iUskpG7iui6mBPTy-XPRz1f0Up0AgaizsSogEI/s400/1.jpgMaksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu apabila Kami telah menyempurnkan bacaannya (kepadamu, dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu.” (Al-Qiyamah : 17-18)


Qur’anah (قرآنه) pada ayat di atas bererti qira’ah (bacaan atau cara membacanya). Jadi kata itu adalah akar kata (masdar) sepertimana kata fu’lan (فعلان) seperti “ghufran” dan “syukran”. Kita dapat katakan : qara’atu, qur’an, qira’atan dan qura’anan, dengan satu makna. Dalam konteks ini maqru’ (مقروء) iaitu yang dibaca, sama dengan qur’an iaitu isim maf’ul dengan akar kata (masdar).

Secara khas, al-Quran menjadi nama bagi sebuah kitab yang diturunkan kepada Muhammad s.a.w. Maka jadilah ia sebagai sebuah identiti.


Dan sebutan al-Quran tidak terhad kepada sebuah kitab dengan seluruh kandungannya, tapi termasuklah juga bahagian daripada ayat-ayatnya. Maka jika anda mendengar satu ayat al-quran dibaca misalnya, anda dibenarkan mengatakan bahawa seseorang itu sedang membaca al-Quran.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCkqCPzmNJcGGc5EBYw_hJtiUCrsrU9BjI0OWl7_fzfnxh6SZGvLykM0CN5QHIjUKQY9nRPFFOJK5sE2nIOsyuGDYc4BgzVlKtdTFQuF5XdqtmGCn-7CTjKApMWhQNB1xPg4lTPNEVOTQ/s400/2.jpg
Maksudnya : “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.
(Al-A’raf : 204)

Menurut sebahagian ulama, pemberian nama iaitu dengan nama al-Quran di antara kitab-kitab Allah itu sebab kitab ini juga mencakupi intipati daripada kitab-kitabNya, bahkan mencakupi intipati daripada semua ilmu. Hal itu disyaratkan dalam firmanNya :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJxn_76kge3cnnpf62yILkMOg2cEWOyhsFMPxGewv0T0z1mm0N4rph9O_FVJLeXbUYv732KbtXNYVUQ3TxdGM7uZDuAVL7XlYSUe5kLO4swGooyl0SiQDk9mGlf1Qd50gHLeoM4TqrgOk/s400/3.jpg
Maksudnya : “…dan Kami turunkan kepadamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu...” 
(An-Nahl : 89)
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBqKUlWXKUei1gOzfoUuNO3w87FIYQtuy3CTRWtfEBAbLon7dMP0Aj_IoBAkLM5lqIHnPlREW-qbSCjebvwC2Haz5LOIB-PR8wvvNKUFWyazdMUNoraiSNp0AnUkLKR_KVJFeG9HF334E/s400/4.jpg
Maksudnya : “…tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab al-Quran ini...”
(Al-An’am : 38)


Sebahagian ulama berpendapat, kata al-Quran itu pada asalnya tidak berkhamzah, mungkin kerana ia dijadikan sebagai satu nama bagi sesuatu wahyu yang diturunkan kepada Nabi s.a.w. bukan yang diambil daripada qara’a, atau mungkin juga kerana ia berasal daripada kata qurina asy-syai’u bisy-syai’i (بالشىء الشىء قرن) yang bererti membandingkan sesuatu dengan lainnya, atau juga berasal dari kata qara’in (قرائن), kerana ayat-ayatnya saling menyerupai. Maka bererti huruf nun yang ada di akhir kalimat itu tulen. Namun pendapat ini masih dianggap kurang sahih, yang sahih adalah pendapat yang pertama.

Al-Quran memang sukar apabila dihadkan dengan definisi-definisi secara akal yang memiliki pelbagai jenis, bahagian-bahagian dan ketentuan-ketentuannya yang khas, yang mana dengannya penta’rifannya dapat dihadkan secara tepat. Tetapi benda itu mesti dihadirkan dalam fikiran atau realiti yang dapat dirasa, misalnya anda memberikan isyarat mengenainya dengan sesuatu yang tertulis dalam mushaf atau yang terbaca dengan lisan, lalu anda katakan al-Quran adalah apa yang ada diantara dua kitab, atau anda katakan al-Quran adalah yang berisi perkataan bismillahhirrahmanirrahim, Alhamdulillah…(al-fatihah) hingga min al-jinnati wa an-nas, dalam surah an-nas.

Para ulama’ menyebutkan definisi yang khas, berbeza dengan lainnya bahawa al-Quran adalah kalam Allah atau firman Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dengan lafaz dan makna yang membacanya menjadi suatu ibadah.

Maka kata “kalam” yang termaktub dalam ta’rif tersebut merupakan kelompok jenis yang mencakupi seluruh jenis kalam. Ia disebut kalamullah sebab disandarkan kepada Allah yang menunjukkan secara khas sebagai firman-Nya, bukan kalam (kata-kata) manusia, jin dan malaikat.
Kalimat “al-munazzal” (المنزل) (yang diturunkan), bererti tidak termasuk kalam-Nya yang sudah khas menjadi milikNya.

Seperti disebutkan dalam firman Allah s.w.t. :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg22T76cS_ENZQ8-NLjJ-XSfKL5GSugudyHuthUEg1iBLo0OSA84EN4Za7b0rrGINnHelv_QnADTQB5gz80chyphenhyphenzmos4VIk8ei-CxlGbqYZYtgdQAeUGeUqOdR8MZ7_vZvoLE9_Ah3khTr4/s400/5.jpg
Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan.” (Al-Kahfi : 109)
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhRMC6RZK00Fm5THHYLUuzxJLD0moTZN_OTS2rTO1H4Bkfz7i2dMR2Ojna-af5yzV1amoMf7RyT3xw0QGjfpwe6hv-5ATCi0NAdXKkBWwicFJJZKGH0HkVoVCmWoKVMy1-8yJcrPSYhCVc/s400/6.jpg
Maksudnya : “ dan sekiranya Segala pohon Yang ada di bumi menjadi pena, dan Segala lautan (menjadi tinta), Dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis…” (Luqman : 27)

Kata-kata “kepada Muhammad” s.a.w. menunjukkan al-Quran itu tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya seperti Taurat dan Injil.

Adapun “al-muta’abbud bitilawatih” (pembacaannya menjadi suatu ibadah) menunjukkan hadith-hadith ahad dan qudsi tidak termasuk. Jika kita katakan misalnya, ia diturunkan daripada sisi Allah dengan lafaznya sebab itu pembacaannya dianggap satu ibadah ertinya mebacanya di dalam solat atau lainnya termasuk ibadah. Tidak demikian halnya dengan hadith ahad dan hadith qudsi.

Nama-nama dan Sifat-sifat Al-Quran

Allah menamakan al-Quran dengan banyak nama, antaranya: 

--@ Al-Quran :

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-_tUpGGvhiGzpyXpD-o4cBalwOrXsjsPBpGTqjsL1Ua5dO_5uNX1cuTKxa8wC-ethj9_4yZRDvL_pm96i9aqPTkDeFr93aSWPoAI88bMjt3-kQyWfMcBXmvhFu1O3LVSmsaQBlKHweIU/s400/7.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala Yang besar.” (Al-Isra’ : 9)

--@ Kitab :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPuFmOVKQuM4tvBjp5kIwDiQ5ryyIMAOjRhMpGpL37JgSjEdxbJpOdHt7VNurZu_QBv-VKdrjN_iYd7deg8GroK00eS8waD2bhvrT9tZjiCDJjvTlbcwyIPZDAvLT505gHlOc8EwAF9gQ/s400/8.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah Kitab (Al-Quran) yang mengandungi perkara yang menimbulkan sebutan baik dan kelebihan untuk kamu, maka mengapa kamu tidak memahaminya (dan bersyukur akan nikmat Yang besar itu)?”
(Al-Anbiya’ : 10)

--@ Furqan :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjH_1F8aO_aLZ78aCqf24YrAbUtP0b2ZvzSSxDZH2IGsdTiM9mljgznHnhazHfFI46LsOw8zb1RkJFGJFEZIxVxnF7oQ1Hub3FL0tj1VN_LKPYV6gyP-33hTCnE6i4e-CCoK12MXZLaj3o/s400/9.jpg
Maksudnya : “Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.” (Furqan : 1)

--@ Zikr :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPKmMMrlGlBmd8V0OunWiQGaUx5WwUSDj8O8bslsg_fRDoL03Edbyk8VJG6RYCq3Zjxp1YYPqEYqssRv8yo6HDuOSnrCrMM1eT92RqVo-RF03Tee3lWP79xaJuoIP3cFnJ0pHLCieDj0o/s400/10.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.” (Al-Hijr : 9)

--@ Tanzil :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgOycvH68-NhfjcV38DdNWEn1ub5ofAoI63RrWItF5dcgWRIGg_7lYWCRrYUVWSAkJ1pkkkHS1PDDVRXqfGehYsA1AACKkt8LXPTM94wBpbLTj7UkUUcCHBJQMHSOnRkibFzn3gVnZbAEs/s400/11.jpg
Maksudnya : “Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.” (Asy-Syua’raa :192)

Allah s.w.t. telah melukiskan juga al-Quran dengan banyak sifat, diantaranya :

--@ Nur (cahaya) :

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDOE9Vw5Pvcyev6JrKOa3kiyiHgrdNr9IlCUHdB5aF9NCBWLcuN2eZA0rVNgGMxKwm52kk1T8Bc5-k7TuaXsIGZhmlP2stifL1mE6kFcP87io4eOrhwnkyWXqzbx2XKjAqOXsIiu4fWB4/s400/12.jpg
Maksudnya : “Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu, dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi (segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat kelak).” (An-Nisa’ : 174)

--@ Mau’izah (nasihat), Syifa’ (ubat), Hudan (petunjuk), dan Rahmat (rahmat) :

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiodYM2euOGerWTrTdw5ZJ-JXS2s_DmBU-IsWz94brtXhbpHF7JTBMOhiGErdKE-Fr3zaBkThj3G3aUvkgM2QEyZ6YPnTqc3a2x1Xkk1yHF6yNyCYtKRz10ehdCIXBKi44BQ5gtSg-Kswo/s400/13.jpg
Maksudnya : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.” ( Yunus : 57 )

--@ Mubin (yang menjelaskan) :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhAc06q3lFBsEZDZ1XjIY7u7VA5bgrZo1J7annVGAW31bsI7IFzvfD0f0502uqMP83xK8gIPD1wAFlcxsyqscXJXPNPlvsh_HFCRbvHHeKt1UMfsI7b8NHA5Dv81a_YizqhEZ7ZW9-1RPg/s400/14.jpg
Maksudnya : “Wahai ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) Dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan-keterangan dan hukum-hukum) Yang telah kamu sembunyikan dari Kitab suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan). Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.” (Al-Maidah : 5)

--@ Mubarak (yang diberkati) :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbCtIc0L__vbVs2-YkOpxgdqf7CBnny5Mt3-dhTihaUrIC6OIQpvmHQVv_6aZBeswAonOuM5WAn0WrgWtUymdFjPA6Y95iXBp6D_hWaBde7jSbD2Fn96o7qsm_hc3uKtqq262lu9Fne_U/s400/15.jpg
Maksudnya : “Dan ini ialah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan, yang mengandungi berkat (banyak faedah-faedah dan manfaatnya), lagi mengesahkan kebenaran (Kitab-kitab Suci) Yang diturunkan sebelumnya, dan supaya Engkau memberi peringatan kepada penduduk "Ummul-Qura" (Makkah) serta orang-orang Yang tinggal di kelilingnya; dan orang-orang yang beriman kepada hari akhirat, mereka beriman kepada Al-Quran, dan mereka tetap mengerjakan dan memelihara sembahyangnya.” (Al-An’am : 92)

--@ Busyra (berita gembira) :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEize4_0TJgDgQ1hKpLI_rkDdSYIG-z38bxpCNu504W-PHokL04ahECVoSpbLpzn6NAMStMwI6QNdvsmiQnnuUsSCCtev3ioxRhYGkUMWSZafysU5K9i2G0vgHfMF2rSF0ckptldMasv2MY/s400/16.jpg

Maksudnya : “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 97)

--@ Aziz (yang mulia) :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_z_L2_UTbuv7jADN1kblB8aOxmPuBEOSOFL35UbpbdthVVJPgXiSYzBF6DtwGTh24oRfTOOrNKJNnsD9Pdc_CyIW2rV3aM8lHoppz8juPQhto2ibxH6gbPamiZpWgaZEfDehttYlrtN8/s400/17.jpg
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang Al-Quran itu, Demi Sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi.” (Fussilat : 41)

--@ Majid (yang dihormati) : 
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAC-G-He8h9SryMtTBYkBahhhrvFS9FEcaH3Cieo0p89cn4lszysMB5wXBrMhkYCDFhGtt57TGhVIQV1sIzXqXJ1ah30sVDfESzrz2T7E98vFKJ5hnKC8-PfOeu-tRlzAgPaYuTvmCcMc/s400/18.jpg
Maksudnya : “(Sebenarnya apa yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya” (Al-Buruj : 21)

--@ Basyir (pembawa berita gembira), Nadzir (pemberi peringatan) :
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEji1n-vB9MnMbfArp-L0IAULFrjSPUomGaiMVI9C0ltCzZm4ZzlJpkmypeRrzCd2skzyHUsh7JHkSKDp44Z9NXKb-QIS1CHRpqDVJkxatGKOQdG5gqaJSTxta_FfEjo8d5nX50epe3FkTo/s400/19.jpg
Maksudnya : “Sebuah kitab yang dijelaskan ayat-ayatNya satu persatu; Iaitu Al-Quran yang diturunkan Dalam bahasa arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); Dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhiNya.” (Fussilat :3-4) .




Al-Qur’an adalah mu’jizat terbesar Nabi Muhammad saw. Kemu’jizatannya itu diantaranya terletak pada fashahah dan balaghah-nya, keindahan susunan dan gaya bahasanya yang tidak ada tandingannya. Karena gaya bahasa yang demikian itulah Umar bin Khatthab masuk Islam setelah mendengar Al-Qur’an awal surat Thaha yang dibaca oleh adiknya Fathimah. Abul Walid, terpaksa cepat-cepat pulang begitu mendengar beberapa ayat dari surat Fushshilat.[2]
Karena demikian tingginya bahasa Al-Qur’an, mustahil manusia dapat membuat susunan yang serupa dengannya, apalagi menandinginya. Orang yang ragu terhadap kebenaran Al-Qur’an sebagai firman Allah ditantang oleh Allah ta’ala:
“Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al-Quran yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad) buatlah satu surat (saja) yang semisal Al-Qur’an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang memang benar.” (QS. Al-Baqarah: 23)
Allah sendiri kemudian menegaskan bahwa tidak akan pernah ada seorang pun yang mampu menjawab tantangan ini (QS. 2: 24). Bahkan seandainya bekerjasama jin dan manusia untuk membuatnya, tetap tidak akan sanggup (QS. 17: 88).
Selain itu, kemukjizatan Al-Qur’an juga terletak pada isinya. Perhatikanlah, sampai saat ini Al-Qur’an masih menjadi sumber rujukan utama bagi para pengkaji ilmu sosial, sains, bahasa, atau ilmu-ilmu lainnya.
Menurut Miftah Faridl, banyak ayat-ayat Al-Qur’an yang berhubungan dengan ilmu pengetahuan dapat meyakinkan kita bahwa Al-Qur’an adalah firman Allah, tidak mungkin ciptaan manusia, apalagi ciptaan Nabi Muhammad saw yang ummi (7: 158) yang hidup pada awal abad ke enam Masehi (571-632 M)[3]
Berbagai kabar ghaib tentang masa lampau (tentang kekuasaan di Mesir, Negeri Saba’, Tsamud, ‘Ad, Yusuf, Sulaiman, Dawud, Adam, Musa, dll) dan masa depan pun menjadi bukti lain kemu’jizatan Al-Qur’an. Sementara itu jika kita perhatikan cakupan materinya, nampaklah bahwa Al-Qur’an itu mencakup seluruh aspek kehidupan: masalah aqidah, ibadah, hukum kemasyarakatan, etika, moral dan politik, terdapat di dalamnya.
Al-Munazzalu ‘ala qalbi Muhammad saw
Al-Qur’an itu diturunkan khusus kepada Nabi Muhammad saw. Sedangkan kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi selain Nabi Muhammad saw—seperti Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa atau Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa—tidak bisa dinamakan dan disebut sebagai Al-Qur’an. Demikian pula hadits qudsi[4] tidak bisa disamakan dengan Al-Qur’an.
Al-Qur’an diturunkan Allah ta’ala kepada Nabi Muhammad saw dengan berbagai cara[5]:
Berupa impian yang baik waktu beliau tidur.Kadang-kadang wahyu itu dibawa oleh malaikat Jibril dengan menyerupai bentuk manusia laki-laki, lalu menyampaikan perkataan (firman Allah) kepada beliau.
Kadang-kadang malaikat pembawa wahyu itu menampakkan dirinya dalam bentuk yang asli (bentuk malaikat), lalu mewahyukan firman Allah kepada beliau.
Kadang-kadang wahyu itu merupakan bunyi genta. Inilah cara yang paling berat dirasakan beliau.
Kadang-kadang wahyu itu datang tidak dengan perantaraan malaikat, melainkan diterima langsung dari Hadirat Allah sendiri.
Sekali wahyu itu beliau terima di atas langit yang ketujuh langsung dari Hadirat Allah sendiri.
Al-Manquulu bi-ttawaatir
Al-Qur’an ditulis dalam mushaf-mushaf dan disampaikan kepada kita secara mutawatir (diriwayatkan oleh banyak orang), sehingga terpelihara keasliannya. Berikut sekilas sejarah pemeliharaan Al-Qur’an sejak masa Nabi hingga pembukuannya seperti sekarang:
Pada masa Nabi Al-Qur’an dihafal dan ditulis di atas batu, kulit binatang, pelapah tamar dan apa saja yang bisa dipakai untuk ditulis. Kemudian setahun sekali Jibril melakukan repetisi (ulangan), yakni dengan menyuruh Nabi memperdengarkan Al-Qur’an yang telah diterimanya. Menurut riwayat, di tahun beliau wafat, ulangan diadakan oleh Jibril dua kali.
Ketika Nabi wafat, Al-Qur’an telah dihafal oleh ribuan manusia dan telah ditulis semua ayat-ayatnya dengan susunan menurut tertib urut yang ditunjukkan oleh Nabi sendiri.
Berdasarkan usulan Umar bin Khattab, pada masa pemerintahan Abu Bakar diadakan proyek pengumpulan Al-Qur’an. Hal ini dilatar belakangi oleh peristiwa gugurnya 70 orang penghafal Al-Qur’an dalam perang Yamamah. Maka ditugaskanlah Zaid bin Tsabit untuk melakukan pekerjaan tersebut. Ia kemudian mengumpulkan tulisan Al-Qur’an dari daun, pelapah kurma, batu, tanah keras, tulang unta atau kambing dan dari sahabat-sahabat yang hafal Al-Qur’an.
Dalam upaya pengumpulan Al-Qur’an ini, Zaid bin Tsabit bekerja sangat teliti. Sekalipun beliau hafal Al-Qur’an seluruhnya, tetapi masih memandang perlu mencocokkan hafalannya dengan hafalan atau catatan sahabat-sahabat yang lain dengan disaksikan dua orang saksi. Selanjutnya, Al-Qur’an ditulis oleh Zaid bin Tsabit dalam lembaran-lembaran yang diikatnya dengan benang, tersusun menurut urutan ayat-ayatnya sebagaimana yang telah ditetapkan Rasulullah saw.
Pada masa Utsman terjadi ikhtilaf tentang mushaf Al-Qur’an, yakni berkaitan dengan ejaan, qiraat dan tertib susunan surat-surat. Oleh karena itu atas usulan Huzaifah bin Yaman, Utsman segera membentuk panitia khusus yang dipimpin Zaid bin Tsabit beranggotakan Abdullah bin Zubair, Saad bin Ash dan Abdurrahman bin Harits bin Hisyam untuk melakukan penyeragaman dengan merujuk kepada lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis pada masa khalifah Abu Bakar yang disimpan oleh Hafsah, isteri Nabi saw.
Al-Qur’an yang dibukukan oleh panitia ini kemudian dinamai “Al-Mushaf” dan dibuat lima rangkap. Satu buah disimpan di Madinah—dinamai “Mushaf Al-Imam”—dan sisanya dikirim ke Mekkah, Syiria, Basrah dan Kufah. Sementara itu lembaran-lembaran Al-Qur’an yang ditulis sebelum proyek ini segera dimusnahkan guna menyatukan kaum muslimin pada satu mushaf, satu bacaan[6], dan satu tertib susunan surat-surat.
Al-Muta’abbadu bitilawatih
Membaca Al-Qur’an itu bernilai ibadah. Banyak sekali hadits yang mengungkapkan bahwa membaca Al-Qur’an adalah merupakan bentuk ibadah kepada Allah yang memiliki banyak keutamaan, diantaranya adalah:
“Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya Allah akan memberi pahala kepadamu karena bacaan itu untuk setiap hurufnya 10 kebajikan. Saya tidak mengatakan kepada kalian bahwa ‘Alif-Laam-Mim’ itu satu huruf, tetapi ‘alif’ satu huruf, ‘Laam’ satu huruf dan ‘Miim’ satu huruf” (HR. Hakim).
“Bacalah Al-Qur’an, karena sesungguhnya ia akan menjadi cahaya bagimu di bumi dan menjadi simpanan (deposito amal) di langit.” (HR. Ibnu Hibban).
“Orang yang mahir dalam membaca Al-Qur’an bersama para malaikat yang mulia lagi taat. Dan barangsiapa membaca Al-Qur’an, sementara ada kesulitan (dalam membacanya), maka baginya dua pahala. “ (HR. Bukhari & Muslim)
***
[1] Abul Walid adalah seorang sastrawan Arab yang jarang bandingannya. Suatu saat ia diperintahkan para pemimpin Quraisy untuk menghadap Nabi Muhammad saw dengan maksud membujuk beliau supaya meninggalkan dakwah Islam dengan janji bahwa beliau akan diberi pangkat, harta dan sebagainya. Abul Walid menyampaikan bujukannya ini dan membacakan syair-syair. Tapi kemudian Nabi Muhammad saw membacakan surat Fushilat dari awal sampai akhir. Abul Walid pun tertarik dan terpesona mendengarkan ayat itu sehingga ia termenung memikirkan keindahan gaya bahasanya. Ia kemudian datang kepada para pemimpin Quraisy dan mengatakan kata-kata di atas.
[2] Pokok-pokok Ajaran Islam, DR. Miftah Faridl, Pustaka Bandung hal. 9.
[3] Di antara ayat-ayat tersebut umpamanya QS. 39: 6, 6: 125, 23: 12-14, 51: 49, 41: 11: 41, 21: 30-33, 51:7, 49 dan lain-lain
[4] Menurut para ulama hadits qudsi ialah: “Sesuatu yang diberitakan Allah kepada Nabi saw dengan perantaraan Jibril, atau dengan jalan ilham atau mimpi waktu tidur, lalu oleh beliau disampaikan kepada ummat dengan lafadz dan ucapan beliau sendiri, berdasarkan taufiq dari Allah ta’ala. Apabila Rasulullah saw meriwayatkan hadits qudsi, biasanya mengucapkan “Qaala-Llahu ta’aala” (Allah berfirman…), tapi firman itu tidak dimasukkan dalam Al-Qur’an. Begitu juga uslub-nya (susunan kata) tidak sama dengan uslub ayat-ayat Al-Qur’an.
[5] Lihat Kelengkapan Tarikh Muhammad (Gema Insani Press) hal. 142-143.
[6] Bacaan (qiraat) yang dikenal oleh masyarakat muslim saat ini bermacam-macam, tetapi bacaan yang berbeda-beda itu tidak berlawanan dengan ejaan mushaf-mushaf Utsman.
Filed under: Aqidah Ditandai: | ta'riful quran
« BERITA KEMENANGAN ISLAM MEMAHAMI SUNNAH »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...